Selebriti yang berpengaruh di dunia


u2 bono
7. U2
Kumpulan rock paling terkemuka di dunia, U2 melancarkan kempen konsert satu dunia besar-besaran tahun ini membawa kepada pendapatan lebih daripada 4311 juta. Ditambah pula dengan penjualan barang-barang berlabel u2, penjualan lagu dan album dan juga poster-poster dan katalog lama menjadikan u2 kumpulan nyanyian berpendapatan paling tinggi di dunia.
britney spears
6. Britney Spears
Satu masa dulu, Britney Spears dianggap hilang daripada kamus dunia selebriti antarabangsa, namun semenjak tahun lepas Spears merupakan artis yang berpendapatan kelima tertinggi menurut kutipan konsertnya. Spears memperoleh $130 juta kutipan ditambah dengan penajaan jenama terkemuka seperti Elizaberth Arden dan Candies yang membuktikan Spears masih mampu bersinar di persada seni dunia.
tiger woods
5. Tiger Woods
Kejatuhan Tiger Woods membawa kepada publisiti yang sangat meluas. Accenture, AT&T dan Pepsi mengugurkan dirinya sebagai duta namun beliau kekal pemain sukan berpendapatan tertinggi di dunia dengan penajaan luar batasan daripada Nike, Electronic Arts dan Upper Deck. Nike sebagai contoh telah berjaya mendapat penjualan $650 juta melalui penajaan Woods.
lady gaga
4. Lady Gaga
Pendatang baru dalam senarai the Celebrity 100, Lagy Gaga terus mendaki puncak ke tangga ke-4. Gaga memecahkan tradisi populariti dengan video unik dan juga pemakaian fesyen tersendiri yang dianggap pelik. Melalui konsert Gaga meraih $95 juta dengan bersih $31 juta selain menjadi pemasar tersendiri melalui penajaan Polaroid, Virgin Mobile, Monster Cable dan Viva Glam.
james cameron3. James Cameroon
Sebagai pengarah yang mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman, sememangnya Cameron adalah ‘King of The World’. Avatar sahaja telah mencatat 42.7 bilion di pawagam dan telah mengubah cara filem dihasilkan di Hollywood. Kini, Cameron sudah mula mempersiapkan kerja untuk Avatar 2.
beyonce knowles
2. Beyonce Knowles
Antara artis R&B terkemuka di dunia, Beyonce’ terus meluaskan empayar perniagaannya dengan penajaan ekslusif daripada Nintendo, L’Oreal dan juga rangkaian fesyen House of Dereon yang menghasilkan berjuta-juta ringgit selain $86 juta dalam konsert dunianya.
oprah winfrey
1. Oprah Winfrey
Oprah kembali ke puncak setelah jatuh di tangga ke-2 pada tahun 2009 terima kasih kepada kenyataannya untuk berundur daripada dunia pengacaraan dan rancangan sensasi, The Oprah Winfrey Show. Namun, beliau terus kukuh dengan empayar medianya dengan rangkaian Dr. Phil, Rachel Ray dan Dr. Oz. Selain menjadi tumpuan utama media pada tahun 2010, Winfrey juga mencatat kutipan pendapatan tertinggi dalam Celebrity 100.

0 komentar:

Posting Komentar

 

CITRA ADELINA Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice